Get in touch
Let us know how we can assist you.
Menu
Fleet cards
Telematics
About us
Get in touch
Let us know how we can assist you.
Help and support
Find the help and advice you need.
Careers
Explore our current opportunities.
News
Find out the latest from our team.
Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dan menghargai maklum balas anda kerana ia membantu kami meningkatkan perkhidmatan. Jika anda tidak berpuas hati dengan mana-mana aspek perkhidmatan kami, anda boleh mengemukakan aduan dengan menghubungi kami melalui salah satu kaedah berikut:
Hubungi kami: Isnin – Jumaat, 08:30-17:00, kecuali cuti awam:
Email kami:
Gunakan borang web kami: Hubungi Kami
Tulis kepada kami:
Radius Business Solutions (Malaysia) Sdn. Bhd.
Customer Services Department
Suite 22.01 & 22.05, Level 22
Centrepoint North, Mid Valley City,
Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur
Malaysia
Kami mengambil-kira aduan anda dengan serius dan berusaha menyelesaikannya secara cekap dan adil.
Pasukan Perkhidmatan Pelanggan kami akan berusaha menyelesaikan aduan anda dengan segera. Jika kami tidak dapat menyelesaikannya serta-merta, kami akan memberikan respon dalam masa satu hari bekerja berikutnya.
Jika aduan anda tidak dapat diselesaikan dengan segera, ia akan dikemukakan ke Bahagian Aduan kami untuk siasatan lanjut. Anda akan dimaklumkan sepanjang proses. Kami berhasrat menghantar maklum balas akhir kepada anda dalam tempoh 14 hari kalendar. Aduan yang kompleks mungkin mengambil masa lebih lama, tetapi anda akan sentiasa menerima maklum balas akhir dalam tempoh 30 hari kalendar, dan kami akan memaklumkan perkembangannya dari masa ke semasa.
Jika anda tidak berpuas hati dengan maklum balas akhir kami, anda mungkin boleh merujuk aduan anda kepada Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan (FMOS), bergantung kepada produk dan saiz perniagaan anda. Butiran lanjut boleh didapati di www.fmos.org.my.